Owner Post Them Follow Dash



Atelophobia
Atelophobia;

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I am back :)

Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

missin' my school's life

Hi, assalamualaikum.

RINDU GILA ZAMAN SEKOLAH, SUMPAH! So, nak buat karangan ni dari form1 until form 5. Ready okay like seriously memang rindu gila-gila, dengan cikgu lepastu kenangan lagi. Paling best kebebasan kat sekolah tu is da bomb!! 



Starts with form 1 okay? Masa tu quite excited jugak lah sebab kita first time masuk alam menengah kan lepastu pergi sekolah dengan kawan. Rindu gila sampai tak terkata. Ingat lagi masa orientasi muka bengis nak mampos sampai mama tegur suruh bercakap dengan kawan-kawan baru. But ya, ego nak mampos hahahaha then kena lah membebel dengan mama. So, aku dapat kelas Dedikasi waktu tu. Memang kelas bawah weh lepastu waktu tu aku nakal gilaaa. Kira dah sebulan kat situ lepastu dah pandai couple HAHAHA bf sekelas pulak tu adoi, paling lawak nama gelaran kitaorg sama weh HAHAHA. Cikgu Pijoy waktu tu jadi cikgu tingkatan. Baik gila cikgu waktu tu well dia pun cikgu baru kan. Aku rapat dengan Cikgu Amer jugak sebab dia ajar KH dulu. Then dah pandai gaduh weh sebab lelaki KAH zaman sekolah guys memang cerita dia nak gempak je lah waktu tu HAHA even orang yang aku gaduh time f1 pun sorang tu dah jadi my classmate for 2 years and now satu university :') HAHAHA bila kitaorg cerita and ingat balik memang gelak je la serious. Tapi tu la kenangan kan. Kalau moment dengan bf tak payah cakap lah memang sweet habis HAHA. Dapat award Kehadiran Penuh 2011 paling wow hahahahaha. 2011 lah tahun paling best, bebas and tak matang HAHAHA 


Next, form 2 pulak dapat naik kelas Bestari. Ustaz Zairul jadi cikgu tingkatan. Time tu siapa yang top 5 dalam kelas f1 terus naik kelas kedua. Aku macam murung sikit lah sebab kawan yang rapat semua kelas ketiga. Ye, semua naik kelas even nakal. This is us. Tak sekelas dengan bf dah paling sedih weh 😣 Sampai ujian 1 memang tak perform lepastu cikgu Amer kasi nasihat terus sedar diri hahaha. Rindunyaaa nak rehat kat tempat biasa lepastu bf datang sebelah rehat sesama ah :') F2 dah busy dengan sidang redaksi, jadi photographer sekolah. At first memang malu lah sebab kena kedepan bila ada event tapi dah lama jadi biasa gila sampai bebudak dengan cikgu pun dah kenal siapa photographer sekolah. Tahun ni ditawar untuk jadi pengawas sekolah tapi tu lah pergi tolak lol rugi gila. Paling sedih sebab bf waktu tu kena pindah sekolah sukan, dia punya perpisahan tu dramatic gila sampai menangis HAHAHA kenangan okay!! Lepastu gaduh LAGI HAHA ni sebab kawan baik lelaki pulak adoi Cha ni hahahaha menangis lagi sebab takut hilang kawan. Weh aku sayang kot bff aku gila ke. Oh paling tak boleh blah time sukan selamba aku je free hair tak ikat rambut pulak tu. Kira cool lah kot buat macam tu haih bebudak sangat hahahaha. Lepastu club apa tah ada buat lawatan ke Perak at the same time cikgu Pijoy kahwin. Memang best weh pergi wedding cikgu kesayangan kau. 2012 pun tahun to remember :') 


Form 3 pulak alhamdulillah dapat kekalkan kelas kedua. Cikgu Oyah weh jadi cikgu tingkatan aku hahaha tak siap kerja kena bayar duit hahaha. Waktu tu memang dah aim nak kelas atas sebab nak pmr dah kan. Last batch yang amik pmr tapi boleh tengok result dekat link yang aku bagi tu sebab aku dah asingkan post tu sebelum ni. Still banyak main jugak sampai tak sedar diri nak pmr tahun tu. Paling best setiap tahun if ada event je cikgu amik dari rumah lepastu hantar balik. Aku memang macam anak emas cikgu dah sebab kitaorg memang rapat gila. Even sampai sekarang tau! Lepas aku tolak tawaran jadi pengawas sekolah time f2 dulu, so f3 aku amik balik peluang nak jadi pengawas. Alhamdulillah dapat! 2013 paling best bagi aku time kem pengawas lah rasanya. Terpaksa korbankan jamuan hari raya sebab kem pengawas buat sama hari dengan jamuan raya hm apakan daya. Tapi kem pengawas 2013 memang best. Enjoy gila, yelah aku memang jarang nak pergi kem tapi kalini punya kem best. Gaduh dengan kawan  baik lelaki memang normal lah. Kejap baik kejap gaduh lepastu ego taknak cakap sampai aku jugak kena mengalah tanya result pmr dia. 2013 nothing special, yang best kem pengawas tu je lah. And paling sedih sampai menangis tak dapat pergi wedding cikgu Amer :'( Memang down teruk ah sebab tak dapat pergi tapi cikgu cakap takpe lah takde rezeki hehehe cikgu memahami.



Form 4 bermula tahun honeymoon kitaorg. Cikgu Masyitah jadi cikgu kelas, sempoi gila sebab kitaorg memang nakal tahap takleh bawak bincang. Aku amik aliran account sebab aku lah seketul yang sukakan nombor. Mujur aku tak decide amik sains teknikal, kalau takkkk hancur result aku. Tahun 2014 sekolah aku buat kelainan sikit sebab dah boleh cat kelas. So, kelas kitaorg cat warna oren macam tu and always menang kelas paling bersih/cantik. Memang top 2 weh, nak mengecat pun satu hal sebab nak style punya pasal kan. Oh tahun ni jugak batch kitaorg ditawar untuk join kgk time merdeka. Aku nak sangat join kgk tu tapi fikir balik kerja kursus account lagi penting so terus tak pergi. OHHHH gaduh dengan bf and bff waktu tu suruh pilih antara dua HAHA sumpah lawak. A guy bff bukan perempuan. SUMPAH TAK BOLEH BLAH HAHAHA. 2014 paling tak suka sekali tu je mampu cakap tapi still rindu. 





Last, form 5 tahun yang mencabar gila. Cikgu Pijoy lagi jadi cikgu tingkatan HAHA. Aku ada problem dengan relationship at the same time friendship jugak. Lepastu nak spm lagi memang down la memula. Lepastu ada mama and cikgu yang selalu kasi nasihat, terus tak kisah lah if sorang pun. Tapi awal-awal tu memang menangis, termenung kenang nasib. Depan cikgu acah kuat lepastu belakang dia terus berderai menangis. Sedih pasal kawan peh perit do :') Day by day terus move on. Hadap je lah sebab setahun je kan. Paling tak boleh lupa kes sambut birthday kat studio tu paling SHIT. Time tu ada meeting pengawas then habis meeting tu ada sorang tu cakap 'eh jom la discuss pasal birthday *si dia*' lepastu ketua kaki plan ni jeling aku tanda macam taknak la sebab ada aku. Aku terus blah. Lepas blah dorg discuss weh pehhhh sakit nya tuh disiniiii. Memang susah lah nak lupakan. Sambut birthday cikgu Pijoy sampai menjerit dalam kelas. And berlakon untuk kelas maths sebab cikgu maths kitaorg terpilih untuk lakonkan apa ntah lupa pulak. Rasa macam artis sangat weh siap ada scene cut and action then pakai mic semua :') So, tahun 2015 jugak aku jadi ketua editor after aku dah jadi ahli sidang redaksi for 5 years. Ada lah muka aku and speech dekat depan majalah HAHA best siot ada muka seketul. At the same time aku jadi bendahari pengawas. So, aku muka-muka yang kutip duit every month sebab nak buat dinner pengawas. Hari graduasi pun tak berapa nak best sebab kitaorg berharap buat dekat hotel lah kan tapi hampeh. Buat dekat MSU lepastu lepu sebab banyak gila sekolah yang buat kat situ jugak. And ya tamat zaman persekolahan kitaaaaa. Benda dah lama tunggu tapi sedih betul nak tinggal sekolah sebenarnya.

p/s: Nikmati lah zaman sekolah korg sebab zaman universiti ni memang lain daripada yang lain. Tak kisah lah kau diploma ke degree ke memang berbeza daripada sekolah. Berkat cikgu pun penting jugak, if kau buat salah ke tak ke pergi minta maaf dan restu diaorg. Paling penting jangan give up untuk sambung belajar. Peluang korg besar kat luar tu. Spm baru permulaan korg tapi spm lah segala-galanya. 


















â—€ â–¶