Owner Post Them Follow Dash



Atelophobia
Atelophobia;

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I am back :)

Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

A Guy.

Hi, assalamualaikum.

After spm memang takde terikat dengan mana-mana lelaki dah (couple maksudnya). So kiranya dah lama jugak lah kan aku single kan? Orang kata kalau kita taknak buka hati kita untuk lelaki lain that means kita still tak boleh move on, kan? Orang kata lah bukan aku okayyyy. For me, its not about kau tak move on lagi. But its all about hati. My past relationship changed me alot. ALOT OK! Based on my experience la ajar aku supaya jadi matang lagi especially dalam hal lelaki.

My friends around me keep asking the same question. Dorg tanya lah "oh bila nak ada pakwe?" tak tahu nak jawab macam mana untuk bagi dorg faham my situasion. Yelah, i admit siapa je taknak ada buah hati kan? Rindu nak create moment dengan si dia. Bila tengok member on call tetiba rasa nak jugak. I need someone to talk too. But yah, dalam soal ni banyak benda aku fikir. Terlalu banyak sampai tak tahu nak terang macam mana bila orang tanya soalan macam tu. Ya, crush tu ada tapi suka orang tak semestinya kita memiliki dia kan? Aku bukan lah orang yang terus terang nak kasi tahu crush yang aku suka. Kalau kena friendzone macam mana? Banyak benda lah main dalam fikiran sekarang. Sampai rasa perlu ke tak perlu? Tapi perlu jugak lah kang tak kahwin pulak aku kahhh.

So, bila aku dah kasi jawapan mostly orang akan cakap "tak move on lagi ke" HADOIIII korg please lah. Ye, memang ada ex-boyfriend tapi tak semestinya kita single kita still nak kan ex kita kan? Past is past and aku pun taknak ulang benda yang sama lagi dah. Cukup lah zaman aku spm dulu duk bercinta sakan sampai lupa diri semua. For now focus dekat diri sendiri, kawan and betulkan apa yang salah. Taknak berharap sangat nanti kecewa lagi. Setakat nak tengok-tengok crush pun okay dah. Apa yang aku harap dorg tak tanya dah benda merepek macam tu, buka minda korg sikit jangan terlalu sempit.

"Patut ke tak berkawan dengan ex-boyfriend?" Its depends on you. 100% on you. Bagi aku lah, patut je. Tapi cara aku mungkin tak sama dengan orang lain. Sebab kebanyakkan kawan lelaki yang aku berkawan semua berkawan jugak dengan ex aku. Contoh yang aku alami lah kan, aku lepak dengan kawan sekolah aku, so ex aku tetap join jugak. Takkan kau nak tarik muka then nak blah kan? Aku cuma memula ada lah jugak rasa awkward tu bila nak bercakap, tapi lama-lama bercakap jugak. Kau kena tahu lah jadi professional even banyak benda yang dah menyakitkan hati tapi biarkan je. Okay?

"Boleh ke ada kawan baik lelaki?" Kalau dia buat kau rasa selesa, why not? Aku ada kawan baik lelaki dari form 1 sorang and alhamdulillah until now still counting. Kalau kau tak jadi diri kau waktu kau dengan lelaki tu, something wrong lah kot. Maybe ada perasan kat dia ke?  HAHA. Sebab perangai kita describe everything okay. Ada jugak sorang kawan baik lelaki tapi sebabkan dia lebih memilih relationship dia dengan gf dia, so kita undur diri lah kan? Dia takde masalah kalau gf dia pun terima kau, tapi masalah sebab gf dia tak suka. So, kau blah je. Title kawan still ada cuma tu la tak serapat dulu, tu je. Kita doakan je hope relay dorg sampai naik pelamin lah kan. Cukup la sorang ni pun susah nak handle. Takde la kena contact 24/7 tapi family memasing dah kenal, and kitaorg pun macam adik-beradik. Kejap gaduh lepastu baik balik. Tah bagi aku benda tu best sangat.

p/s: so, jangan bagi hati tu sakit sebab lelaki okay. Pilih lelaki yang betul-betul terima kau, family and kawa-kawan kau. Jangan sebab dia suka kau je, dia treat kau sorang je baik tapi kawan-kawan kau dia tak peduli langsung. Dont hope too much because it will hurt you so much.