Owner Post Them Follow Dash



Atelophobia
Atelophobia;

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I am back :)

Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

Degree's Life Begin.

Hi, assalamualaikum. 


Alhamdulillah, dapat sambung belajar dekat UUM. Kalau arwah mama ada ni mesti mama bangga sangat dengan pencapaian anak dia. Orang kuat aku dari dulu sampai sekarang tapi bulan June haritu mama dah pergi :') Esya tahu mama dekat atas tengah tengok esya kat sini kan. Mulut mama masin sangat ya Allah bsersyukur sangat at least ada jugalah tempat nak sambung belajar. Ni semua dah tercatat kan rezeki kita dapat mana. Aku tak lah sepandai yang korg sangkakan. Kat bawah aku cerita macam mana life aku as a student okay. 

Since tadika memang minat aku dekat nombor tu terserlah sikit lah. Sampai masuk sekolah rendah pun yang asyik perform subjeck maths. No wonder okay sebab mama pun minat maths. Keturunan maybe? Hahahaha. UPSR aku 1A je nak berbanding dengan kawan-kawan yang lain semua straight A's. Mungkin salah satu faktor tak boleh dapat sebab dulu tak suka datang sekolah kahkah. So, naik sekolah menengah okay lah tetiba jadi rajin nak datang sekolah pulak siap dapat anugerah kehadiran penuh lagi tau. Kau hado? Hahahaha then start form 2 tu aku dah aim nak masuk aliran account bila naik form 4 nanti. So, aku kenalah perform dekat maths kan sebab dorg kata account ni dorg tengok maths je. Batch aku last yang amik PMR, result pula dapat 2A je. LAGI SEKALI AKU CAKAP AKU TAK PANDAI PUN. Haaa capslock sikit sorry hahahaha tapi aku dapat lah masuk aliran account herherher semua sebab maths aku perform lah and ya aku memang nak amik addmaths juga sebab start from 4 aim nak masuk matrikulasi. Alhamdulillah pas dah amik SPM. 2A je bruh aku cakap dah aku bukan bijak mana pun lol. 

Lepas dah dapat result spm tu memang takkan harapkan UPU lah like hello jangan nak perasan okay kau tu 2A je. Matrik pun mula-mula tak dapat. Aku amalkan konsep redha dah masatu. So, aku pergi form 6 kat maxwell. Yelah memula ragu-ragu juga nak amik kptm ke nak form 6. Sebabkan nak jimatkan masa dan kos, so aku amik form 6. Dalam seminggu kelas tu tetiba dapat tawaran matrik LIKE YESSSSS FINALLY. Even dapat second intake pun tapi benda yang nak dah tercapai okay. Kat matrik amik course account macam biasa. For your information, I LOVE MATHS INSTEAD OF ACCOUNT okay!! Maths fun gila kalau belajar. Aku jaga pointer aku, if matrik ada dean dah lama aku dapat dean untuk kedua-dua sem do. End up cgpa aku dapat 3.72 je. Alhamdulillah kira dah strong lah tu untuk dapat tempat kat mana-mana U awam. 

And now yaaaaa DEGREEEE!!!! Sekejap je rasa kan. Im 19 years old gaisss, time flies so fast do. Mama pula tak sempat nak tengok aku pegang segulung ijazah nanti. Tapi takpe mama, esya akan buktikan yang esya boleh buat. Aku dapat sambung degree dekat Universiti Utara Malaysia amik course Bach of Finance. Alhamdulillah even finance ni pilihan ke 5-6 something tah lah lupa pula. Tapi takpe sebab rezeki kita tercatat kat situ kan so kita bersyukur je lah. Finance memang susah tapi kalau orang lain  boleh buat asal kita tak boleh kan? 

P/s: So, jadi manusia ni jangan pernah give up okay. Even kau tak pandai macam orang lain tak semestinya kau tak layak nak masuk universiti. Rezeki ada je dekat mana-mana. Kena doa selalu, berkat ibu bapa denganc cikgu tu penting. Good luck chaa fighting!